Pages

Tok Janggut- Pejuang Negeri Kelantan

Assalamualaikum

kami, ingin kongsi cerita tentang perjuang negeri kelantan iaitu Tok Janggut
mari kita baca maklumat tentang Tok Janggut


(i) Latar belakang

– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga




FAKTOR PENENTANGAN

a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda. Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh



SEJARAH BELIAU

Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.

Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.

Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.

Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.


Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Secara kebetulan kedua-duanya mempunyai sifat fizikal yang hampir sama. Keadaan ini merupakan satu kelebihan bagi mengaburi pihak Inggeris dan kuncu-kuncunya.






Berita kematian Tok Janggut (Penghulu Hassan) kemudiannya tersebar dan disambut dengan gembira oleh askar-askar Inggeris. Kematiannya bermakna berakhirnya penentangan terhadap Inggeris dan secara tidak langsung menandakan berakhirnya pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan.


Mungkin ada pihak yang tidak mempercayai apa yang diceritakan tetapi sejarah juga ada membuktikan bahawa Mat Kilau yang dikatakan dibunuh oleh Inggeris sebenarnya tidak mati. Mat Kilau muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an dan hanya mati tidak beberapa lama selepas itu.


Begitu juga dengan Datuk Bahaman, beliau sebenarnya tidak mati sebagaimana yang ditulis dalam buku sejarah. Beliau muncul semula di Pahang sekitar tahun 1970-an dengan gelaran Tuan Guru Peramu. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Mat Kilau yang kemunculannya diktiktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman tidak mendapat pengiktirafan kerajaan disebabkan oleh beberapa masalah.


















2 comments:


  1. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete