Assalamualaikum
Nama
sebenar: Abdul Rahman bin Iman Noh
-dianugerahi
gelaran orang kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
-diberikan
anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang
dan Perang Klang di Selangor
-dilantik
sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera
-Dato’ Bahaman tidak
mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
FAKTOR PENENTANGAN
a) Hilang Hak Mengutip cukai
- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik
E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut hasil di daerah Temerloh.
-Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah
kekuasaannya iaitu di Temerloh.
b) Pembinaan Balai Polis
-pegawai british iaitu E.A. Wise mendirikan Balai
Polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengan dato’ Bahaman.
-konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius
-Dato’ Bahaman menganggap tindakan British sebagai
penceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
c)Pelucutan Gelaran
-Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai
penderharka kerana enggan mematuhi arahan british.
-British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’
Setia Perkasa Pahalwan Semantan
-tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau
bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.
PERISTIWA PENENTANGAN
16 Disember 1891
- British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman
kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
-Tindakan
British menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis
Lubuk Terua
-Peristiwa ini mencetus peperangan.
26 Disember 1891
-Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera
untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
-Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan
Singapura
Januari 1892
-British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang (Gerakan sultan – J.P Rodger)
British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10000
butir peluru
-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan
Berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong.
Mac 1892
-British menyerang Lubuk Terua sekali lagi
-Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
-Di Terengganu ulama ‘Tok ku Paloh menyemarakkan semangat
pejuang Pahang berjihad menentang British.
14 Jun 1894
-Dato’ Bahaman
dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
-British bertindak balas menghantar Kolonel Walker
untuk menawan semula Jeram Ampai.
-Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke
Kelantan.
-Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang
menentang British di Pahang.
KESAN PENENTANGAN
-Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan
keberanian menentang British.
-Kedudukan British di Pahang tergugat dengan
semangat patriotism oleh pahlawan Pahang.
-Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu
dari 1891-1894.
-British terpaksa menanggung hutang yang banyak.
-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200
dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
CATATAN DAN KISAH AKHIRNYA
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke
Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementera dua orang pejuang lagi
telah meninggal dunia di (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke kampung Peramu dan dikenali sebagai
Tok Guru Peramu.
Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kampong Aur
Rompin, Tanjung Medang, Kampung Pasir Panjang, Kampung Batu Tering Pekan,
Kampung Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak ketahui
kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kampung Peramu sehingga kematiaanya.
terima kasih !
ReplyDeleteOnline casino bonus codes and promotions | Kadangpintar
ReplyDeleteA 메리트 카지노 쿠폰 list of all งานออนไลน์ online casino bonuses for 온카지노 the 2020-2021: ✓ Welcome bonus, promotions and promotions, ✓ Deposit bonus, free spins, casino